KANDUNGAN MENARIK ANIS FEBRUARI 2013:
1. Fokus Utama ms: 17
Stres Itu OK! Anugerah Di Sebalik Tekanan
Hidup pada zaman moden yang serba pesat dengan kemajuan dan kecanggihan ini, manusia tentunya tidak dapat lari dari mengalami tekanan atau stres. Sedikit atau banyak, berat atau ringan pasti ada tekanan. Tanpa suluhan wahyu Ilahi dan bimbingan sunnah Rasulullah SAW, orang yang ditimpa stres selalunya terbawa-bawa kepada perasaan negatif yang boleh membawa mereka menjadi sesat dan tidak tentu arah kerana terlalu melayan kesedihan atau stres yang melanda.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai stres dan langkah-langkah menanganinya, ikuti Fokus ANIS bulan ini.
2. Interviu Fokus ms: 24
Stres ... Bertuahnya Anda!
“Seseorang yang stres dianggap bertuah jika mereka pandai mengubah stres tersebut ke arah kebaikan dan menggunakan peluang tersebut untuk mencari pahala serta redha Allah SWT ... .” Nak tahu bagaimana bertuahnya apabila dilanda stres, ikuti ulasannya oleh Pensyarah Kanan, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr. Mohd Sukki Othman.
3. Tetamu Anis ms: 33
Teh Syuhaida: Ubah Stres Jadi Positif
Personaliti TV berusia 32 tahun ini membuka tirai 2012 lalu dengan episod manis bersulam kesyukuran. Detik 1 Januari 2012 menggamit memori indah baginya apabila buat kali pertamanya tampil dengan imej baru, bertudung litup. Desis hatinya, niat untuk bertudung telah lama terbit di lubuk hati sanubarinya, namun beliau masih belum mempunyai apa-apa kekuatan. Bagaimanakah beliau memperoleh kekuatan ini, ketahuinya dalam ruangan Tetamu Anis pada muka surat 33.
4. Solat Wanita ms: 89
Perlukah Solat Jenazah?
Wanita dan solat Jenazah seperti ibadah yang asing. Setiap kali ada kematian, pasti kaum lelaki yang mengambil bahagian melaksanakan tuntutan fardu kifayah ini. Wanita jarang mengambil peluang ini sedangkan wanita juga berhak memiliki pahala seperti lelaki. Jom ubah paradigma dan sama-sama meraih ganjaran yang dijanjikan oleh Allah SWT.
5. Imej Muslimah ms: 40
Wahai Muslimat, Rawatlah Rambutmu!
Allah bukan ‘suka-suka’ menjadikan rambut sebagai salah satu aurat perlu wanita lindungi. Ia termasuk dalam hak peribadi suami untuk memastikan rambut isteri menggembirakan hatinya. Oleh itu, dapatkan tip tradisional cantikkan rambut daripada Pn. Suraya Daud, Perunding Imej, SD Image.
6. Firman :Bilakah Kiamat?
Dunia digemparkan dengan berita bahawa dunia akan kiamat pada Disember 2012 sebagaimana menurut Kalendar Kaum Maya yang telah dilakarkan sekitar 5000 tahun lampau. Sehubungan itu, terdapat berita atau akhbar yang memaparkan bahawa masyarakat Barat telah menyimpan stok makanan dan minuman bagi menghadapi fenomena kiamat tersebut. Justeru, bilakah sebenarnya akan berlaku kiamat? Ketahui ulasannya oleh Ustaz Nik Yusri Musa.
8.Sihat Anggun ms: 44
Halia Bagus, Tapi …
Halia memang tidak asing dalam masakan masyarakat kita. Halia tidak sahaja sinonim sebagai ramuan masakan, malah kegunaannya diperluaskan dalam industri pembuatan kosmetik. Biar apa pun produk mahupun masakan yang dibuat, halia mempunyai keistimewaannya yang tersendiri dalam dunia kesihatan. Nak tahu lebih lanjut, ikutinya dalam ruangan Sihat Anggun.
9.Terapi Pagi ms: 10
Jom Banggakan Rasulullah
Mari kita bayangkan jika Baginda SAW ada bersama kita, bagaimana agaknya perasaan Baginda apabila melihat gaya dan fesyen kita berpakaian sejak pagi hari. Bersyukurlah jika Baginda tersenyum. Segeralah berubah jika kita membuat Baginda bersedih. Bukan sahaja berbangga dengan Baginda, marilah kita menjadi umat yang Baginda banggakan. Jom!
10. Tanya Doktor ms: 62
Bermasalah Untuk Hamil Semula?
Ramai pasangan yang berkahwin tidak sampai setahun, isteri telah hamil. Setelah anak besar dan mula merancang untuk mendapatkan seorang anak lagi, mereka mengalami masalah. Perasaan hampa menguasai diri dan pelbagai nasihat telah diterima. Apabila terlalu lama menunggu, pasangan ini mula rasa keliru dan kecewa. Kenapakah masalah ini berlaku dan bagaimana rawatan yang diperlukan? Ketahuinya dalam ruangan Tanya Doktor oleh Dr. Zubaidi Ahmad.
No comments:
Post a Comment