By : ustaz Ebit liew
Bila tengok isteri 24 jam jaga anak-anak. Teringin menjadi sebab mereka tersenyum. Di tambah pula jika mereka mengandung. Mereka tiada masa rehat. Kasihankan...
Anak kecil 24 jam buat sepah. Kepala pening dan selalu sakit perut. Sebab ada alahan. Suami sibuk bekerja. Baru nak tidur, anak menangis. Baru nak rehat, anak nak minta itu ini. Tanya itu ini. Kadang-kadang nak susu. Kadang kena tukar pampers.
Jom tengah isteri rehat atau tiada di rumah. Kita buat kejutan buat isteri.Kita basuhkan pinggan di dapur. Kita kemas rumah jika ada peluang. Mandikan dan siapkan anak-anak. Malam-malam ni kita kemas rumah. Buangkan sampah. Mopkan lantai. Basuhkan baju. Lipatkan. Kemaskan.
Kadang-kadang bila kita buat semua ini kerana Allah. Ia menggembirakn hati isteri tersayang. Lebih utama Allah gembira dengan kita. Hati kita akan rasa puas dan tenang.
Kita usap perut mereka. Dan kucup mereka dan ucap sayang terima kasih kerana susah payah dan sangat baik pada abang dan anak-anak.
Setelah buat semua ini saya lihat wajah isteri yang akan tersenyum dan air mata bergenang akan kata
" terima kasih abang"
" terima kasih abang"
Isteri pula melihat suami penat kerja, buat kejutan buat mereka. Gembirakan hati mereka. Beri mereka waktu rehat. Jaga anak-anak.
Keluarga yang bahagia ialah yang memberi kerana Allah. Saling mmberi dengan ikhlas dan mengharapkan janji Allah dan syurga.
Tengah sayu teringat janji kita dengan Allah untuk hidup dengan cara Islam dan bawa keluarga dan semua orang kepada Islam.
Di antara lelaki mukmin itu ada yang benar janji mereka dengan Allah. Sebahagian mereka telah gugur syahid. Sebahagian mereka sedang menanti untuk syahid. Dan mereka sedikit pun tidak mengubah janji mereka kepada Allah.
No comments:
Post a Comment